Saturday, January 21, 2012

~kopi tanpa gula~


secawan kopi tanpa gula...pahit bukan...tapi masih ada yang mengemarinya..kerana deria rasa telah terbiasa merasai kepahitan itu..hingga secawan kopi tanpa gula..mampu memberi senyuman..memberi kenikmatan..memang sukar bagi mereka yang terbiasa dengan kemanisan..secawan kopi tanpa gula..tidak perlu seteguk..hanya mencecah hujung deria rasa..mampu mengundang seribu kerutan di wajah..begitulah kehidupan ini..usah terlalu mengharap kemanisan..belajarlah merasai kepahitan..agar kita masih mampu tersenyum..walau sepahit mana kita rasakan..secawan kopi tanpa gula..cuba rasakannya..