Tuesday, July 3, 2012

~kejarlah akhirat lebih laju dari mengejar dunia~

di suatu petang yg damai sambil memandu kereta kancil (tu pun pinjam) menuju ke destinasi ---> rumah abg di saujana utama..tengah fokus memandu sambil usha-usha, jeling-jeling kereta lain yg memotong kereta kancil yang saya pandu ini..untuk makluman bkn kereta kancil ni yg perlahan tapi kereta-kereta lain tu yg pandu laju sgt..(okay. sbenarnya perasaan sy je yg rasa kereta kancil ni laju)..mula-mula Toyota Vios..okay, cntik kerete tu kata hati saya..kemudian Mazda 3..okay, dpt sebiji alangkah indahnya fikiran mula melayang..tapi bila yang potong tu Suzuki Swift, Mini Cooper..perghh (ucapan sepatutnya Subhanallah), saya memang t'ingin nak beli dan pandu kereta tu sebab itu memang kereta idaman saya..tapi akal saya mula berfikir dan hati saya berbicara..itu semua harta dunia, kenapa perlu bersungguh-sungguh mengejarnya..kenapa mesti bercita-cita tinggi untuk memiliknya..kenapa perlu berhabisan hanya untuk benda yg belum tentu menjamin kita ke syurga..tidak salah berusaha mendapatkannya, tidak salah untuk memiliknya..asalkan ia mampu menjadikan kita hamba yang lebih mengerti erti syukur..dapat menghindar dari rasa riak dan menunjuk-nunjuk..jika ya, silakan..kejarlah dunia selagi mana akhirat tidak pernah kita tinggalkan..kesimpulannya, saya perlu belajar untuk menjadi hamba yang lebih bersyukur..kerana saya hanya insan yang lemah terkadang tewas melawan arus godaan yang deras alirannya..selamat bermuhasabah ^^

No comments:

Post a Comment