Saturday, December 24, 2011

~kata dari hati~


..satu CINTA yang takkan pernah buat kita KECEWA..setiap kita layak untuk meMILIKInya..jika kita benar-benar menCARInya..

..sebagai manusia kita hanya mampu merancang..tapi sebagai hamba kita takkan pernah tahu apa yang dirancang oleh-NYa..

..sebuah pencarian..tiada titik mulanya..tak tahu mana akhirnya..hanya keyakinan ku sandar pada-Nya.. agar pencarian ini bukan sesuatu yang sia-sia..

..ada masanya kita perlu mencari..ada waktunya kita hanya perlu menanti..ada saatnya kita perlu memiliki..ada ketikanya kita perlu relakan ia pergi..

Thursday, December 22, 2011

~ikhlas~


Assalamualaikum...=)..ikhlas tu datang dari hati bukan sekadar bicara di bibir..actually the keyword from this statement is sincere..yupp..semua org bleh cakap dia ikhlas tpi sejauh mana keikhlasan tu..nobody know..sungguh kita tak layak nak menilai keikhlasan seseorang..ikhlas ini boleh diklasfikasikan kepada 3 jenis iaitu ikhlas seorang hamba, seorang pedagang atau seorang pencinta.

Firstly, ikhlas seorang hamba...ia boleh diibaratkan hubungan antara seorang hamba dengan tuannya..anggap diri kita ni pekerja yang hanya akan buat sesuatu bila diarahkan oleh bos kita..bos suruh baru buat, bos tak suruh kita tak buat..bos suruh klu tak buat tkut kena marah silap2 kena buang keje..cmtulah lbih kurang gambran ye...hope boleh fahamlah ye..

Secondly, ikhlas seorang pedagang..cmne tu?..yg kita tahu klu org b'dagang ni mest nak cari untung kan..so bleh diibaratkan bila kita buat sesuatu kita mesti nak dapat balasan..kita buat baik, ikut perintah-Nya dengan harapan kita akan dapat pahala or smething yg baik sbg balasan atas kebaikan yg kita dah buat..

Thirdly, ikhlas seorang pencinta..menarik bukan??..ikhlas yg ini perlu ikatan hati yg kukuh pada-NYa..kita buat segala perintah-Nya tanpa perlu disuruh, tanpa pinta balasan, tanpa ada paksaan..bayangkan bila kita sayang dan cintakan seseorang tu sepenuh hati kita..sure kita akan sanggup lakukan apa sahaja..kita akan buat dengan rela hati tanpa dipinta..kita takkan mengharapkan balasan..sebab apa?..sebab hati kita penuh rasa cinta..siapa yang pernah merasai apa itu cinta..akan faham apa makna ikhlas seorang pencinta..pada manusia itu perkara biasa..tpi utk semai rasa cinta pada Maha Pencipta..itu bukan perkara biasa tpi bukan juga mustahil utk dirasa..bagaimana?..anda ada jawapannya..sukar?..yupp sbb hati kita terlalu rapuh dengan godaan..teruskan mencuba..kerana janji-Nya takkan pernah buat kita kecewa..(^,^)...

Tuesday, December 20, 2011

~the only one in my life~`



Dihatiku hanya ada dirinya..

Pertama dihati tiada pengganti..

Tanpanya siapalah aku..

Kasihnya mendewasakan ku..

Bicaranya azimat bermakna bagiku..

Senyumannya damai ku rasa..

Sentuhannya lembut mengusir resah dijiwa..

Namun aku hanya insan biasa..

Sering khilaf lupa siapa dirinya..

Ku tahu engkau terluka atas tingkahku..

Maaf atas silap laku ku..

Segala keterlanjuran bicara ku..

Bukan itu niat ku..

Sengaja menguris hatimu..

Terlalu besar salahku padamu..

Maaf itu yang mampu kuucap..

Hanya yang ku tahu..

Aku terlalu sayang padamu..

Walau tak pernah ku ungkap rasa dihati ini..

Percayalah dirimu sentiasa dihatiku..

Restu darimu membuat setiap langkahku bermakna..

Terima kasih atas segalanya..

Kasihmu..pengorbananmu..keikhlasanmu..

Sepanjang hidupku aku sayang padamu..

Monday, December 19, 2011

~bahagia~




(^,^)..assalamualaikum..ceria?..hepi?..syukurlah..teruskan t'senyum bkan tuk sesiapa tpi tuk diri sndri..biar bahagia itu terus melekat di hati..moga insan di sekeliling turut merasai...adakalanya bahagia itu tak perlu dicari tpi perlu dirasai..ingat ya..^,*....tibe2 plak rasa bahagia hari ni..tak tahu kenapa..tpi tak salahkan klu kita nak kongsi rasa bahagia tu..=)..rasa bahagia tu nikmat yang Allah kurnia kan dan bkan setiap masa kita dpt rasa nikmat tu..sbab pe?..sbab kita mnusia yang punye byk rasa..yg di cipta dgn penuh lemah..seriously tiada apa pun yg bleh kita banggakan sbnrnya..klu diukur..ditimbang..disukat..sungguh rsa tak layak nak mintak apa2 dari DIA..tpi DIA tetap mmberi walau adakalanya kita tak meminta..bktinya..ada pada diri kita semula..jgn tnya org lain..sbab kita yg lebih knal diri kita sndri..tula serba sdikit tazkirah kita pada hari ini..hehe..actually main point die nk gtau yg dri ni tgh hepi n bahagia je..tpi byk plak belok yer..=b..juz nak share je tpi de ke org nk bce entry aku ni..ngeee...tak kesahla..xde org bce biar ak jer yg bce..huhhu..anyway pe yg ak tlis ni dari hati..ckitla..hee..wassalam

Thursday, December 8, 2011

~bila hati bicara~


Andai bicara hati ini bisa didengar..

Pasti tiada rahsia diantara kita..

Mungkin juga banyak hati yang akan terluka..

Kerana hati bila berbicara terlalu jujur meluah rasa..

Tak pernah cuba menafikan apa yang dikata..

Segala rasa hati yang merasa..

Disitu ada sayang bila rindu mula mendatang..

Disitu wujud benci andai janji dimungkiri..

Biarlah tiada siapa yang mendengar..

Hati ini bebas berbicara tanpa suara..

Melepaskan segala beban dijiwa..

Biar tiada siapa yang melihat..

Jika terluka biar masa menyembuhkannya..

Parut yang ada tak terlihat untuk ditanya mengapa..

Namun jangan pernah lupa..

Dia mendengar setiap bicara hati ini..

Dia tahu apa yang terpendam dalam sanubari..

Walau sejauhmana kita cuba sembunyi rahsia hati ini..

Kerana kita DIA yang miliki..

~sendiri~


sendiri ruang kita untuk mengenal diri
mencari apa yang telah hilang
mengutip sisa-sisa yang masih tertinggal
kembalikan sinar yang begitu lama
dibiar pudar..

usah berwalang hati
bila terasa jauh untuk kembali
kerana masih ada harapan bagi mereka
yang ingin pulang..

selagi nyawa menemani jasad
sebelum mentari berlawanan arah
pintu kasih-Nya sedia menanti
keampunan dari-Nya sentiasa ada
untuk mereka yang meminta setulus jiwa
tak perlu jauh mencari diri
jawapannya ada di sini..dalam diri..

kita semua adalah sama
watak kita serupa
hanyalah hamba yang dicipta untuk tunduk
kepada yang Maha Kuasa
pemilik segala yang ada...