Thursday, December 8, 2011

~bila hati bicara~


Andai bicara hati ini bisa didengar..

Pasti tiada rahsia diantara kita..

Mungkin juga banyak hati yang akan terluka..

Kerana hati bila berbicara terlalu jujur meluah rasa..

Tak pernah cuba menafikan apa yang dikata..

Segala rasa hati yang merasa..

Disitu ada sayang bila rindu mula mendatang..

Disitu wujud benci andai janji dimungkiri..

Biarlah tiada siapa yang mendengar..

Hati ini bebas berbicara tanpa suara..

Melepaskan segala beban dijiwa..

Biar tiada siapa yang melihat..

Jika terluka biar masa menyembuhkannya..

Parut yang ada tak terlihat untuk ditanya mengapa..

Namun jangan pernah lupa..

Dia mendengar setiap bicara hati ini..

Dia tahu apa yang terpendam dalam sanubari..

Walau sejauhmana kita cuba sembunyi rahsia hati ini..

Kerana kita DIA yang miliki..

No comments:

Post a Comment