Thursday, December 8, 2011

~sendiri~


sendiri ruang kita untuk mengenal diri
mencari apa yang telah hilang
mengutip sisa-sisa yang masih tertinggal
kembalikan sinar yang begitu lama
dibiar pudar..

usah berwalang hati
bila terasa jauh untuk kembali
kerana masih ada harapan bagi mereka
yang ingin pulang..

selagi nyawa menemani jasad
sebelum mentari berlawanan arah
pintu kasih-Nya sedia menanti
keampunan dari-Nya sentiasa ada
untuk mereka yang meminta setulus jiwa
tak perlu jauh mencari diri
jawapannya ada di sini..dalam diri..

kita semua adalah sama
watak kita serupa
hanyalah hamba yang dicipta untuk tunduk
kepada yang Maha Kuasa
pemilik segala yang ada...











No comments:

Post a Comment